19 Apabila orang jahat berhenti berdosa lalu melakukan apa yang baik dan benar, mereka akan hidup.
20 Meskipun begitu Israel masih mengatakan bahawa perbuatan-Ku tidak adil. Oleh itu Aku akan menghakimi mereka menurut perbuatan mereka.”
21 Pada hari kelima, bulan kesepuluh, tahun kedua belas masa kami dalam buangan, seorang yang melarikan diri dari Yerusalem datang memberitahu aku bahawa kota itu telah jatuh.
22 Pada malam sebelum kedatangannya, aku telah merasakan kuasa TUHAN. Ketika orang itu tiba esok paginya, TUHAN membolehkan aku bertutur semula.
23 TUHAN berfirman kepadaku,
24 “Hai manusia fana, orang yang tinggal di reruntuhan kota-kota Israel mengatakan, ‘Abraham hanya satu orang, namun dia mendapat seluruh tanah ini; tetapi kita ini banyak orang, dan tentunya tanah ini menjadi milik kita.’
25 Sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja, firmankan kepada mereka: Kamu makan daging yang masih berdarah. Kamu menyembah berhala dan melakukan pembunuhan. Mana boleh kamu berfikir tanah itu milik kamu?