23 TUHAN berfirman kepadaku,
24 “Hai manusia fana, orang yang tinggal di reruntuhan kota-kota Israel mengatakan, ‘Abraham hanya satu orang, namun dia mendapat seluruh tanah ini; tetapi kita ini banyak orang, dan tentunya tanah ini menjadi milik kita.’
25 Sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja, firmankan kepada mereka: Kamu makan daging yang masih berdarah. Kamu menyembah berhala dan melakukan pembunuhan. Mana boleh kamu berfikir tanah itu milik kamu?
26 Kamu berharap kepada pedang kamu. Perbuatan kamu menjijikkan. Kamu semua berzina. Mana boleh kamu berfikir tanah itu milik kamu?
27 Sampaikanlah amaran daripada Aku, TUHAN Raja, kepada mereka. Demi Aku, Allah yang hidup, orang yang tinggal di reruntuhan kota-kota itu akan dibunuh. Mereka yang tinggal di kawasan desa akan dimakan binatang buas. Mereka yang bersembunyi di gunung dan di gua akan mati kerana wabak.
28 Aku akan menjadikan negeri ini padang gurun yang tandus dan lengang, dan kebesaran yang dibangga-banggakan mereka itu akan berakhir. Gunung-gunung di Israel akan menjadi begitu lengang sehingga tidak seorang pun melintasinya.
29 Apabila Aku menghukum umat itu kerana dosa mereka, dan menjadikan negeri itu tandus dan lengang, barulah mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.”