21 Kamu menanduk dan menolak domba yang sakit sehingga mereka terhalau daripada kawanan domba.
22 Tetapi Aku akan menyelamatkan domba-domba-Ku dan tidak akan membiarkan mereka diperlakukan dengan kejam lagi. Aku akan menghakimi setiap domba-Ku dan memisahkan yang baik daripada yang jahat.
23 Aku akan melantik seorang raja seperti Daud, hamba-Ku, untuk menjadi satu-satunya gembala mereka, dan dia akan memelihara mereka.
24 Aku, TUHAN, akan menjadi Allah mereka; dan seorang raja seperti Daud, hamba-Ku, akan menjadi penguasa mereka. Aku, TUHAN, telah berfirman.
25 Aku akan membuat perjanjian dengan mereka yang menjamin keselamatan mereka. Aku akan mengusir semua binatang buas dari negeri itu, supaya domba-domba-Ku dapat hidup dengan aman di padang dan tidur di hutan.
26 Aku akan memberkati mereka dan membenarkan mereka hidup di sekeliling bukit-Ku yang suci. Di sana Aku akan memberkati mereka dengan hujan manakala mereka memerlukannya.
27 Pokok akan berbuah, ladang akan mengeluarkan hasil, dan setiap orang akan tinggal dengan aman di tanahnya sendiri. Apabila Aku memutuskan belenggu umat-Ku dan membebaskan mereka daripada bangsa yang memperhamba mereka, barulah mereka tahu bahawa Akulah TUHAN.