1 TUHAN berfirman, “Hai manusia fana, berkatalah kepada pergunungan Israel dan suruhlah pergunungan itu mendengar perkhabaran daripada Aku,
2 TUHAN Raja: Musuh Israel mencemuh mereka dan berkata, ‘Sekarang bukit-bukit purba itu milik kita!’
3 Bernubuatlah dan isytiharkanlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan. Ketika bangsa-bangsa jiran mengalahkan dan menjarah pergunungan Israel, mereka semua menghina Israel.
4 Oleh itu, hai gunung dan bukit Israel, anak sungai dan lembah, tempat yang sudah menjadi runtuhan, dan kota yang telah ditinggalkan oleh penghuninya serta dijarah dan dihina oleh bangsa-bangsa di sekitar, dengarlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada kamu.
5 Dalam luapan kemurkaan, Aku, TUHAN Raja telah mengutuk bangsa-bangsa jiran itu, terutama sekali Edom. Dengan suka ria dan sikap menghina, mereka merampas negeri-Ku dan padang rumputnya.
6 Oleh itu bernubuatlah kepada negeri Israel. Sampaikanlah apa yang Aku, TUHAN Raja, firmankan dengan sangat murka kepada gunung, bukit, sungai kecil, serta lembah, kerana bangsa-bangsa itu telah menghina dan memandang rendah kepada tempat-tempat itu.
7 Aku, TUHAN Raja, bersumpah bahawa bangsa-bangsa di sekitar itu akan dihina.