26 Aku akan memberi kamu hati dan fikiran yang baru. Aku akan menggantikan hati kamu yang keras dengan hati yang taat.
27 Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke dalam hati kamu agar kamu menurut hukum-Ku dan melaksanakan semua perintah yang telah Kuberikan kepada kamu.
28 Lalu kamu akan tinggal di negeri yang Kuberikan kepada nenek moyang kamu. Kamu akan menjadi umat-Ku, dan Aku menjadi Allah kamu.
29 Aku akan membebaskan kamu daripada segala yang menajiskan kamu. Aku akan memerintah gandum supaya tumbuh dengan subur sehingga kamu tidak mengalami kebuluran lagi.
30 Aku akan menambah hasil pokok-pokok buah dan hasil ladang kamu, agar tidak ada kebuluran lagi yang memalukan kamu antara bangsa-bangsa.
31 Kamu akan teringat kepada kelakuan jahat dan kesalahan yang kamu lakukan, lalu kamu akan berasa jijik terhadap diri sendiri kerana dosa dan kekejian kamu itu.
32 Ketahuilah hai Israel, Aku tidak melakukan semua itu untuk kepentingan kamu. Sebaliknya Aku hendak kamu berasa malu dan hina kerana perbuatan kamu itu. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.”