25 Bilik-bilik di situ mempunyai tingkap-tingkap yang sama dengan yang terdapat di pintu gerbang lain. Panjang lorong pintu gerbang itu 25 meter, dan lebarnya 12.5 meter.
26 Tujuh anak tangga menuju ke pintu gerbang selatan itu dan terdapat juga ruangan depan di hujungnya yang menghadap ke halaman luar Rumah TUHAN. Pada tembok di bahagian dalam yang menghadap lorong itu terdapat ukiran pokok palma.
27 Di situ juga terdapat sebuah pintu gerbang yang menuju ke halaman dalam. Lelaki itu mengukur jarak di antara dua buah pintu gerbang itu; jaraknya 50 meter.
28 Selepas itu, lelaki itu membawa aku masuk ke halaman dalam melalui pintu gerbang selatan. Dia mengukur pintu gerbang itu, dan ukurannya sama dengan ukuran pintu-pintu gerbang di sebelah luar.
29-30 Bilik-bilik pengawal, ruangan depan, dan tembok-tembok sebelah dalam, sama ukurannya dengan yang terdapat di pintu gerbang lain. Bilik-bilik di pintu gerbang ini juga mempunyai tingkap-tingkap. Panjang lorong pintu gerbang itu 25 meter, dan lebarnya 12.5 meter.
31 Ruangan depannya menghadap ke halaman luar, dan ukiran pokok palma terdapat pada tembok-tembok yang menghadap ke lorong. Lapan anak tangga menuju ke pintu gerbang itu.
32 Kemudian lelaki itu membawa aku masuk ke halaman dalam melalui pintu gerbang timur. Dia mengukur pintu gerbang itu, dan ukurannya sama dengan ukuran pintu-pintu gerbang lain.