39 Di ruangan depan itu ada empat buah meja, dua di sebelah kanan dan dua di sebelah kiri. Di atas meja-meja itu orang menyembelih binatang yang akan dipersembahkan sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, atau korban untuk mengampunkan dosa, atau korban untuk membayar ganti rugi.
40 Di luar ruangan depan itu ada lagi empat buah meja yang sama, dua di sebelah kanan dan dua di sebelah kiri pintu gerbang utara.
41 Semuanya ada lapan buah meja yang digunakan untuk menyembelih binatang yang dipersembahkan sebagai korban: empat di dalam bilik dan empat lagi di halaman luar.
42 Empat buah meja di dalam bilik itu, yang digunakan bagi menyediakan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dibuat daripada batu yang dipahat. Tingginya 50 sentimeter, dan bahagian atasnya 75 sentimeter persegi. Semua alat yang digunakan untuk menyembelih korban diletakkan di atas meja-meja itu.
43 Tepi meja-meja itu mempunyai pinggiran selebar 75 milimeter. Semua daging yang akan dipersembahkan diletak di atas meja-meja itu.
44 Kemudian lelaki itu membawa aku ke halaman dalam. Di situ ada dua buah bilik, sebuah di sisi pintu gerbang utara dan menghadap ke selatan, dan sebuah lagi di sisi pintu gerbang selatan dan menghadap ke utara.
45 Dia memberitahu aku bahawa bilik yang menghadap ke selatan disediakan bagi para imam yang bertugas di Rumah TUHAN,