44 Kemudian lelaki itu membawa aku ke halaman dalam. Di situ ada dua buah bilik, sebuah di sisi pintu gerbang utara dan menghadap ke selatan, dan sebuah lagi di sisi pintu gerbang selatan dan menghadap ke utara.
45 Dia memberitahu aku bahawa bilik yang menghadap ke selatan disediakan bagi para imam yang bertugas di Rumah TUHAN,
46 dan bilik yang menghadap ke utara disediakan bagi para imam yang bertugas di mazbah. Semua imam itu keturunan Zadok. Mereka daripada suku Lewi dan hanya mereka yang dibenarkan menghadap TUHAN untuk melayani Dia.
47 Lelaki itu mengukur halaman dalam dan ukurannya 50 meter persegi. Rumah TUHAN terletak di sebelah barat, dan di depannya ada sebuah mazbah.
48 Lalu dia membawa aku ke ruangan depan Rumah TUHAN. Dia mengukur pintu masuk; luasnya 2.5 meter dan lebarnya 7 meter. Tembok di kiri dan kanannya setebal 1.5 meter.
49 Ruangan depan itu panjangnya 10 meter dan lebarnya 6 meter. Orang dapat masuk ke situ dengan mendaki beberapa anak tangga. Di pintu masuk ada dua batang tiang, sebatang di sebelah kanan dan sebatang di sebelah kiri.