Yehezkiel 41:3-12 BM

3 Lalu dia masuk ke bilik yang paling dalam. Dia mengukur lorong yang menuju ke situ: panjangnya 1 meter dan lebarnya 3 meter. Tembok di kiri dan kanannya setebal 3.5 meter.

4 Dia mengukur bilik itu juga; ukurannya 10 meter persegi. Selepas itu dia berkata kepadaku, “Inilah Bilik Maha Suci.”

5 Lelaki itu mengukur tembok sebelah dalam Rumah TUHAN; tebalnya 3 meter. Pada tembok di sekeliling Rumah TUHAN terdapat bilik-bilik kecil, yang lebarnya 2 meter.

6 Bilik-bilik itu bertingkat tiga dan pada setiap tingkat ada tiga puluh buah bilik. Tembok luar setiap tingkat lebih tipis daripada tembok tingkat di bawahnya, sehingga bilik itu dapat dibina tanpa menggabungkannya pada tembok Rumah TUHAN.

7 Dari luar, tembok Rumah TUHAN nampaknya sama tebal dari bawah ke atas. Pada tembok luar Rumah TUHAN itu, di sebelah luar bilik-bilik itu, terdapat dua buah tangga yang besar untuk orang naik dari tingkat bawah ke tingkat dua dan tiga.

8-11 Tembok luar bilik-bilik itu tebalnya 2.5 meter. Bilik-bilik di sebelah utara mempunyai satu pintu masuk, dan bilik-bilik di sebelah selatan juga mempunyai satu pintu masuk. Aku nampak juga teres di sekeliling Rumah TUHAN: lebarnya 2.5 meter; 3 meter lebih tinggi dari tanah, dan sama tinggi dengan asas bilik-bilik pada tembok Rumah TUHAN. Di antara teres itu dengan bilik para imam terdapat ruangan terbuka yang lebarnya 10 meter, di bahagian kiri dan kanan Rumah TUHAN.

12 Di hujung halaman sebelah barat Rumah TUHAN, ada sebuah bangunan yang panjangnya 45 meter dan lebarnya 35 meter. Tebal dinding bangunan itu 2.5 meter.