Yehezkiel 43:17-23 BM

17 Bahagian tengahnya juga berbentuk empat persegi, tiap-tiap sisinya berukuran 7 meter, dengan tepi yang setinggi 25 sentimeter di pinggiran luarnya. (Lebar parit itu 50 sentimeter.) Tangga mazbah itu di sisi sebelah timur.

18 TUHAN Raja berfirman kepadaku, “Hai manusia fana, dengarlah apa yang Kufirmankan kepadamu. Sesudah mazbah itu dibina, engkau harus mentahbiskannya dengan membakar korban di atasnya dan dengan memercikkan darah binatang yang dikorbankan.

19 Hanya imam-imam keturunan Zadok daripada suku Lewi boleh datang ke hadirat-Ku untuk melayani Aku. Aku, TUHAN Raja, memerintahkan hal itu. Hendaklah engkau memberi mereka seekor anak lembu jantan supaya dipersembahkan sebagai korban untuk mengampunkan dosa.

20 Hendaklah engkau mengambil sedikit darah korban itu dan membubuhkannya pada unjuran di keempat-empat sudut puncak mazbah, dan juga pada sudut-sudut bahagian tengahnya, serta di sekeliling tepi mazbah itu. Dengan cara itu engkau menyucikan dan mentahbiskan mazbah itu.

21 Ambillah anak lembu jantan yang dipersembahkan sebagai korban untuk mengampunkan dosa, dan bakarlah korban itu di tempat yang ditentukan, iaitu di luar kawasan suci Rumah TUHAN.

22 Esoknya, hendaklah engkau mengambil seekor kambing jantan yang tidak bercacat, lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Sucikanlah mazbah itu dengan darah kambing jantan itu sebagaimana yang telah engkau lakukan dengan darah anak lembu jantan itu.

23 Kemudian ambillah seekor anak lembu jantan dan seekor domba jantan yang tidak ada cacat,