22 Esoknya, hendaklah engkau mengambil seekor kambing jantan yang tidak bercacat, lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Sucikanlah mazbah itu dengan darah kambing jantan itu sebagaimana yang telah engkau lakukan dengan darah anak lembu jantan itu.
23 Kemudian ambillah seekor anak lembu jantan dan seekor domba jantan yang tidak ada cacat,
24 lalu bawalah kedua-duanya kepada-Ku. Imam-imam harus menaburkan garam ke atas kedua-dua binatang itu lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku.
25 Tiap-tiap hari selama tujuh hari, hendaklah engkau mempersembahkan seekor kambing, seekor lembu jantan, dan seekor domba jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa. Semua binatang itu tidak boleh ada cacat.
26 Hendaklah para imam menyucikan dan menyiapkan mazbah itu selama tujuh hari.
27 Selepas satu minggu, hendaklah imam-imam mula mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati-Ku dan korban untuk memohon berkat-Ku, di atas mazbah bagi umat. Barulah Aku berkenan kepada kamu semua. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.”