16 Hanya mereka yang boleh masuk ke dalam Rumah-Ku, bertugas di mazbah-Ku, dan memimpin ibadat di situ.
17 Apabila mereka masuk ke halaman dalam melalui pintu gerbang, mereka harus memakai pakaian linen. Mereka tidak boleh memakai pakaian daripada bulu domba apabila sedang bertugas di halaman dalam atau di dalam Rumah-Ku.
18 Agar tidak berpeluh, mereka harus memakai serban linen dan seluar linen tanpa tali pinggang.
19 Sebelum mereka keluar ke halaman luar, ke tempat umat berkumpul, imam-imam hendaklah menanggalkan pakaian imam dan meninggalkannya di dalam bilik-bilik suci. Mereka mesti mengenakan pakaian lain supaya pakaian suci itu tidak mencelakakan umat.
20 Para imam tidak boleh mencukur kepala sampai botak ataupun membiarkan rambut menjadi panjang. Rambut mereka harus dipotong menurut peraturan yang ditetapkan.
21 Mereka tidak boleh minum wain apabila hendak masuk ke halaman dalam.
22 Seseorang imam tidak boleh berkahwin dengan wanita yang sudah bercerai. Seseorang imam hanya boleh berkahwin dengan anak dara Israel, atau balu imam.