25 Seorang imam tidak boleh menajiskan diri dengan menyentuh mayat, kecuali jenazah ibu bapanya atau anak-anaknya atau saudara lelakinya ataupun saudara perempuannya yang belum berkahwin.
26 Sesudah imam itu bersih semula, dia mesti menunggu selama tujuh hari lagi,
27 lalu masuk ke halaman dalam di Rumah-Ku, dan mempersembahkan korban untuk menyucikan diri supaya dia boleh bertugas lagi di Rumah-Ku. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.
28 Para imam harus menerima jawatan itu sebagai bahagian mereka daripada apa yang Kuberikan kepada Israel turun-temurun. Mereka tidak boleh memiliki apa-apa warisan di Israel; Akulah warisan mereka.
29 Korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, korban untuk mengampunkan dosa, dan korban untuk membayar ganti rugi, akan menjadi makanan imam. Mereka harus menerima apa-apa sahaja di Israel, yang telah dipersembahkan kepada-Ku, sebagai bahagian mereka.
30 Para imam harus diberikan bahagian terbaik daripada semua tuaian pertama, dan apa sahaja yang dipersembahkan kepada-Ku. Setiap kali orang membakar roti, mereka harus memberikan roti pertama kepada para imam; dengan demikian Aku akan memberkati keluarga mereka.
31 Para imam tidak boleh makan burung atau binatang yang mati biasa atau yang diterkam oleh binatang lain.”