27 lalu masuk ke halaman dalam di Rumah-Ku, dan mempersembahkan korban untuk menyucikan diri supaya dia boleh bertugas lagi di Rumah-Ku. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman.
28 Para imam harus menerima jawatan itu sebagai bahagian mereka daripada apa yang Kuberikan kepada Israel turun-temurun. Mereka tidak boleh memiliki apa-apa warisan di Israel; Akulah warisan mereka.
29 Korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, korban untuk mengampunkan dosa, dan korban untuk membayar ganti rugi, akan menjadi makanan imam. Mereka harus menerima apa-apa sahaja di Israel, yang telah dipersembahkan kepada-Ku, sebagai bahagian mereka.
30 Para imam harus diberikan bahagian terbaik daripada semua tuaian pertama, dan apa sahaja yang dipersembahkan kepada-Ku. Setiap kali orang membakar roti, mereka harus memberikan roti pertama kepada para imam; dengan demikian Aku akan memberkati keluarga mereka.
31 Para imam tidak boleh makan burung atau binatang yang mati biasa atau yang diterkam oleh binatang lain.”