1 Apabila tanah itu dibahagikan kepada setiap suku, sebahagian daripadanya harus diasingkan untuk TUHAN. Panjangnya tanah itu hendaklah 12.5 kilometer, dan lebarnya 10 kilometer. Seluruh kawasan itu suci.
2 Di kawasan itu, sebidang tanah yang empat persegi harus dikhaskan untuk Rumah TUHAN. Ukuran setiap sisi tanah itu harus 250 meter dan dikelilingi lapangan selebar 25 meter.
3 Separuh daripada kawasan itu, yang panjangnya 12.5 kilometer dan lebarnya 5 kilometer, harus dikhaskan untuk bangunan Rumah TUHAN, tempat yang paling suci.
4 Tanah itu suci dan diberikan kepada para imam yang menyelenggarakan ibadat di Rumah TUHAN. Rumah-rumah mereka dan Rumah TUHAN hendaklah dibina di situ.
5 Separuh lagi kawasan itu hendaklah diberikan sebagai pusaka kepada orang Lewi yang bekerja di Rumah TUHAN. Bahagian itu akan menjadi kota-kota tempat tinggal mereka.
6 Di samping tanah yang suci itu harus lagi diasingkan sebidang tanah untuk sebuah kota yang boleh didiami sesiapa sahaja umat Israel. Panjangnya tanah itu hendaklah 12.5 kilometer, dan lebarnya 2.5 kilometer.