13-15 Persembahan kamu hendaklah berdasarkan ukuran yang berikut:Gandum: 1/60 daripada tuaian kamuBarli: 1/60 daripada tuaian kamuMinyak zaitun: 1/100 daripada hasil pokok kamu(Sukatlah menurut bat: 10 bat = 1 homer = 1 kor.)Domba: 1 daripada setiap 200 ekor yang di padang rumput Israel.Hendaklah kamu mempersembahkan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan korban untuk memohon berkat-Ku, supaya dosa kamu diampunkan. Aku, TUHAN Raja yang memberikan perintah ini.
16 Semua penduduk negeri harus membawa persembahan itu kepada penguasa Israel.
17 Tetapi pada perayaan-perayaan bulan baru, hari Sabat, dan hari perayaan yang lain, penguasa bertanggungjawab menyediakan binatang untuk dipersembahkan sebagai korban, dan juga korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, serta korban wain bagi seluruh bangsa Israel. Dialah yang bertanggungjawab menyediakan korban untuk mengampunkan dosa, korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, korban untuk menyenangkan hati-Ku, dan korban untuk memohon berkat-Ku. Maka Aku akan mengampunkan dosa umat Israel.”
18 TUHAN Raja berfirman, “Pada hari pertama, bulan pertama, kamu harus menyucikan Rumah-Ku dengan mempersembahkan seekor lembu jantan muda yang tidak ada cacat.
19 Lalu imam harus mengambil darah daripada korban untuk mengampunkan dosa itu, lalu menyapukannya pada tiang-tiang pintu Rumah TUHAN, keempat-empat sudut mazbah, dan tiang-tiang pintu gerbang yang menuju ke halaman dalam.
20 Pada hari ketujuh, bulan itu, kamu harus berbuat demikian juga untuk sesiapa sahaja yang berdosa dengan tidak sengaja atau tanpa diketahuinya. Dengan demikian, kamu akan menjaga kesucian Rumah-Ku.
21 Pada hari keempat belas, bulan pertama, kamu harus merayakan Perayaan Paska. Selama tujuh hari perayaan itu, semua orang harus makan roti yang tidak beragi.