22 Pada hari pertama perayaan itu, penguasa yang memerintah harus mempersembahkan seekor lembu jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa bagi dirinya dan bagi semua rakyat.
23 Setiap hari selama perayaan yang berlangsung tujuh hari itu, penguasa harus mempersembahkan tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba jantan yang tidak ada cacat kepada TUHAN, sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Setiap hari dia juga harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban untuk mengampunkan dosa.
24 Bagi setiap ekor lembu jantan dan domba jantan yang dipersembahkan, hendaklah disertai 17.5 liter bijirin dan 3 liter minyak zaitun.
25 Bagi Perayaan Pondok Daun, yang bermula pada hari kelima belas, bulan ketujuh, pada tiap-tiap hari selama tujuh hari itu, penguasa harus mempersembahkan korban yang sama, iaitu korban untuk mengampunkan dosa, korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk mengucap syukur kepada TUHAN, serta minyak zaitun.”