18 Penguasa itu tidak boleh merampas tanah pusaka rakyatnya. Tanah yang diberikannya kepada anak-anak lelakinya mesti tanahnya sendiri yang telah ditentukan baginya, supaya dia tidak menindas sesiapa pun umat-Ku dengan merampas tanah mereka.”
19 Kemudian lelaki itu membawa aku ke pintu yang berhampiran dengan pintu gerbang, di bahagian selatan halaman dalam, ke bilik-bilik suci yang menghadap ke utara. Bilik-bilik itu untuk para imam. Lelaki itu menunjuk ke satu ruangan di sebelah barat bilik-bilik itu
20 lalu berkata kepadaku, “Inilah tempat bagi para imam merebus daging daripada korban untuk menghapuskan dosa dan korban untuk membayar ganti rugi. Imam juga akan memanggang korban berupa bijirin di dapur-dapur ini. Dengan demikian korban-korban yang suci itu tidak dibawa ke halaman luar sehingga mencelakakan rakyat.”
21-22 Selepas itu dia membawa aku ke halaman luar, dan diperlihatkannya kepada aku bahawa di setiap sudut ada lagi halaman yang kecil: panjangnya 20 meter dan lebarnya 15 meter.
23 Setiap halaman itu mempunyai tembok batu di sekelilingnya, dan pada tembok itu ada perapian.
24 Lelaki itu berkata kepadaku, “Inilah dapur-dapur tempat pekerja-pekerja Rumah TUHAN merebus korban yang dipersembahkan oleh rakyat.”