11 Tetapi air di rawa dan di paya di sepanjang pantai itu tidak akan menjadi tawar, melainkan tetap menjadi sumber garam.
12 Di kedua-dua tebing sungai itu akan tumbuh berjenis-jenis pokok buah. Daun pokok-pokok itu tidak akan layu, dan pokok-pokok itu tidak akan berhenti berbuah. Setiap bulan pokok-pokok itu akan menghasilkan buah-buah yang baru, kerana pokok-pokok itu diairi oleh air yang mengalir dari Rumah TUHAN. Buah-buah itu menjadi makanan dan daun-daunnya digunakan sebagai ubat.”
13 TUHAN Raja berfirman, “Yang berikut ialah sempadan tanah yang akan dibahagikan kepada dua belas suku Israel. Suku Yusuf harus mendapat dua bahagian.
14 Aku telah bersumpah kepada nenek moyang kamu bahawa Aku akan memberi mereka tanah ini. Oleh itu, bahagikanlah tanah ini dengan sama rata antara kamu sendiri.
15 Sempadan di utara bermula dari Laut Tengah, dan menuju ke arah timur sampai ke kota Hetlon, ke Genting Hamat, ke kota Zedad,
16 ke Berota dan Sibraim (kota-kota itu terletak di antara kawasan kerajaan Damsyik dan kerajaan Hamat), dan Tikon (kota yang terletak di sempadan kerajaan Hauran).
17 Dengan kata lain, sempadan di utara bermula dari Laut Tengah menuju ke arah timur sampai ke kota Enon; Damsyik dan Hamat terletak di sebelah utara sempadan itu.