21-22 Tanah di sebelah barat dan timur dari tanah yang dikhaskan untuk Rumah TUHAN, tanah para imam, tanah orang Lewi dan kota itu, ialah milik penguasa yang memerintah. Di sebelah timur, tanah itu terbentang sampai ke sempadan timur, dan di sebelah barat sampai ke Laut Tengah, dan terletak di antara tanah Yehuda di utara, dan tanah Benyamin di selatan.
23-27 Tanah di sebelah selatan kawasan yang dikhaskan itu, iaitu dari sempadan timur sampai ke Laut Tengah di sebelah barat, hendaklah dibahagikan kepada suku yang selebihnya menurut susunan ini dari utara ke selatan:BenyaminSimeonIsakharZebulonGad
28 Di sebelah selatan tanah Gad terdapat sempadan yang bermula dari kota Tamar ke mata air Kades-Meriba, lalu ke barat laut sepanjang sempadan negeri Mesir sampai ke Laut Tengah.
29 TUHAN Raja berfirman, “Demikianlah tanah itu harus dibahagikan kepada suku-suku Israel untuk menjadi milik mereka.”
30-34 Kota Yerusalem mempunyai dua belas pintu gerbang. Setiap empat tembok kota itu berukuran 2.25 kilometer dan mempunyai tiga pintu gerbang, yang dinamakan menurut nama suku-suku Israel. Pintu gerbang di tembok utara diberikan nama Ruben, Yehuda, dan Lewi; yang di tembok timur diberikan nama Yusuf, Benyamin, dan Dan; yang di tembok selatan diberikan nama Simeon, Isakhar dan Zebulon; dan yang di tembok barat diberikan nama Gad, Asyer, dan Naftali.
35 Seluruh tembok itu panjangnya 9 kilometer. Mulai sekarang kota itu dinamakan, “TUHAN Ada Di Sini!”