6 Tetapi Yerusalem memberontak terhadap perintah-Ku, dan ternyata lebih jahat daripada bangsa-bangsa lain, lebih ingkar daripada negeri-negeri di sekelilingnya. Yerusalem menolak perintah-Ku dan tidak mematuhi hukum-Ku.
7 Hai Yerusalem, dengarlah apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan. Kerana engkau tidak mentaati hukum-Ku dan tidak mematuhi perintah-Ku, engkau telah mendatangkan lebih banyak kesusahan daripada bangsa-bangsa di sekelilingmu. Engkau telah mengikut adat resam bangsa-bangsa lain.
8 Oleh itu Aku, TUHAN Raja berfirman kepada engkau sekarang bahawa Aku memusuhimu. Aku akan menjatuhkan hukuman kepadamu di hadapan semua bangsa.
9 Oleh sebab semua perbuatanmu yang Aku benci itu, Aku akan menghukum Yerusalem seperti yang belum pernah Kulakukan dan tidak akan Kulakukan lagi.
10 Akibatnya, di Yerusalem, ibu bapa akan makan anak mereka, dan anak akan makan ibu bapa mereka. Aku akan menghukum engkau dan mencerai-beraikan sesiapa sahaja yang masih hidup ke semua arah.
11 Akulah Allah yang hidup, TUHAN Raja, dan inilah firman-Ku: Kerana engkau telah menajiskan Rumah-Ku dengan perbuatan yang jahat dan menjijikkan, Aku akan menghancurkan engkau tanpa kasihan.
12 Sepertiga pendudukmu akan mati kerana penyakit dan kelaparan di dalam kota, sepertiga akan mati ditikam pedang di luar kota, dan sepertiga lagi akan Kucerai-beraikan ke merata tempat dan akan Kukejar dengan pedang.