11 TUHAN Raja berfirman, “Ramaslah tangan! Hentakkanlah kaki! Merataplah kerana segala perbuatan yang jahat dan menjijikkan yang telah dilakukan oleh bangsa Israel. Mereka akan mati kerana peperangan, kelaparan, atau wabak.
12 Mereka yang jauh akan jatuh sakit lalu mati; mereka yang dekat akan mati dalam peperangan; sesiapa yang masih hidup dan terselamat akan mati kelaparan. Mereka akan merasakan kedahsyatan kemurkaan-Ku.
13 Mayat akan berselerakan di antara berhala-berhala dan di sekitar mazbah-mazbah, di atas setiap bukit yang tinggi dan di puncak setiap gunung, di bawah setiap pokok hijau dan setiap pokok oak yang besar, di setiap tempat mereka mempersembahkan korban yang dibakar kepada berhala mereka. Barulah setiap orang akan tahu bahawa Akulah TUHAN.
14 Ya, Aku akan mengacungkan tangan-Ku dan menghancurkan negeri mereka sehingga menjadi tandus dan lengang, mulai dari padang gurun di selatan sampai ke kota Ribla di utara. Semua tempat yang didiami umat Israel, akan dimusnahkan. Barulah setiap orang akan tahu bahawa Akulah TUHAN.”