1 TUHAN berfirman kepadaku,
2 “Hai manusia fana, Aku, TUHAN Raja hendak berfirman kepada negeri Israel: Inilah kemusnahan seluruh negeri!
3 Hai Israel, sekarang sudah tiba kemusnahanmu! Engkau akan merasakan kemurkaan-Ku, kerana Aku mengadili perbuatanmu. Aku akan membalas kelakuanmu yang menjijikkan itu.
4 Aku tidak akan melepaskan engkau ataupun mengasihani engkau. Aku akan menghukum engkau bagi perbuatanmu yang menjijikkan itu, supaya engkau tahu bahawa Akulah TUHAN.”
5 Inilah yang difirmankan TUHAN Raja, “Bencana demi bencana akan menimpa engkau.
6 Segalanya telah berakhir. Inilah kemusnahanmu. Tidak ada harapan lagi bagimu.
7 Hai penduduk negeri ini, segalanya telah berakhir bagi kamu. Kamu tidak akan mengadakan perayaan lagi di tempat pemujaan di atas gunung; hanya kekacauan akan engkau alami.