14 Trompet ditiup dan semua orang bersiap-sedia. Tetapi tidak ada seorang pun berangkat ke medan perang, kerana kemurkaan Allah akan menimpa setiap orang.
15 Orang berperang di jalan, orang sakit dan kelaparan di dalam rumah. Sesiapa yang berada di luar kota akan mati kerana peperangan, dan sesiapa yang berada di dalam kota akan menjadi mangsa penyakit dan kelaparan.
16 Ada orang yang lari ke gunung seperti burung merpati terbang dari lembah kerana takut. Mereka semua merintih kerana dosa mereka.
17 Tangan setiap orang menjadi lemah, lutut mereka goyah.
18 Mereka akan memakai kain guni dan seluruh badan mereka akan gementar. Rambut mereka akan dicukur, dan mereka semua akan dipermalukan.
19 Mereka akan membuang emas dan perak seperti sampah di jalan, kerana baik perak mahupun emas tidak dapat menyelamatkan mereka apabila TUHAN melampiaskan kemurkaan-Nya. Mereka tidak dapat menggunakan emas dan perak itu untuk memuaskan diri ataupun mengenyangkan perut. Justeru emas dan peraklah yang menyebabkan mereka berdosa.
20 Pada suatu masa dahulu mereka membangga-banggakan permata yang indah, tetapi mereka menggunakannya untuk membuat berhala-berhala yang menjijikkan. Oleh itu TUHAN membuat harta mereka itu memuakkan mereka.