24 Aku akan menghantar bangsa-bangsa yang paling kejam ke negeri ini dan membiarkan mereka mendiami rumah-rumah kamu. Apabila Aku membiarkan mereka menajiskan tempat ibadat kamu, lelaki yang paling kuat antara kamu akan kehilangan semangat.
25 Kamu akan putus asa. Kamu mencari keamanan, tetapi sia-sia sahaja.
26 Bencana dan berita buruk akan datang terus-menerus. Ketika itu kamu akan memohon para nabi untuk menyatakan penglihatan, tetapi sia-sia sahaja. Para imam tidak mempunyai apa-apa untuk diajarkan kepada umat, dan orang tua-tua kehabisan nasihat.
27 Raja akan berkabung; putera raja akan kehilangan harapan, dan rakyat akan gementar ketakutan. Aku akan menghukum kamu setimpal dengan segala perbuatan kamu. Aku akan mengadili kamu sebagaimana kamu telah mengadili orang lain. Barulah kamu akan tahu bahawa Aku TUHAN.”