7 Hai penduduk negeri ini, segalanya telah berakhir bagi kamu. Kamu tidak akan mengadakan perayaan lagi di tempat pemujaan di atas gunung; hanya kekacauan akan engkau alami.
8 Sebentar lagi kamu akan merasakan kedahsyatan kemurkaan-Ku. Aku akan mengadili kamu, dan Aku akan membalas kamu bagi segala kelakuan kamu yang menjijikkan.
9 Aku tidak akan melepaskan kamu ataupun mengasihani kamu. Aku akan menghukum kamu bagi perbuatan kamu yang menjijikkan, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN dan Akulah yang menghukum kamu.”
10 Hari bencana bagi Israel hampir tiba. Keganasan bertambah-tambah. Kesombongan mencapai puncaknya.
11 Keganasan mengakibatkan lebih banyak kejahatan. Segala kekayaan, keagungan, dan kemuliaan mereka akan lenyap.
12 Waktunya semakin hampir, harinya sudah dekat, apabila berjual beli tidak lagi bermakna, kerana hukuman Allah akan menimpa setiap orang.
13 Pedagang tidak akan hidup lama untuk menutup kerugian, kerana kemurkaan Allah menimpa setiap orang. Mereka yang jahat tidak akan selamat.