9 Dia berfirman kepadaku, “Masuklah dan lihatlah perbuatan yang keji dan menjijikkan yang dilakukan oleh mereka di situ.”
10 Aku pun masuk dan melihatnya. Dinding di situ dilukisi segala jenis binatang melata dan binatang najis yang lain, dan juga gambar berhala-berhala yang disembah umat Israel.
11 Tujuh puluh orang pemimpin Israel berada di situ, termasuk Yaazanya anak Safan. Setiap orang memegang sebuah perbaraan yang mengepulkan asap.
12 Lalu Allah bertanya kepadaku, “Hai manusia fana, adakah engkau nampak apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin Israel dengan diam-diam? Mereka semua bersembahyang di dalam bilik yang penuh berhala dengan alasan bahawa Aku tidak nampak mereka dan Aku telah meninggalkan negeri ini.”
13 Lalu TUHAN berfirman kepadaku, “Engkau akan melihat mereka melakukan hal-hal yang lebih menjijikkan daripada hal itu.”
14 Maka Dia membawa aku ke pintu gerbang utara Rumah TUHAN. Di situ aku diperlihatkan-Nya perempuan-perempuan yang sedang menangisi kematian Dewa Tamus.
15 Dia bertanya, “Hai manusia fana, adakah engkau nampak hal itu? Engkau akan melihat hal-hal yang lebih menjijikkan lagi.”