4 Anak-anak lelaki Ayub biasanya mengadakan jamuan di rumah masing-masing secara bergilir. Mereka juga sentiasa mengundang ketiga-tiga orang saudara perempuan mereka ke jamuan itu.
5 Selepas setiap jamuan, pada esok paginya, Ayub akan bangun pagi-pagi dan mempersembahkan korban bagi setiap anaknya untuk menyucikan mereka. Dia sentiasa berbuat demikian kerana pada fikirannya, mungkin salah seorang anaknya telah berdosa dan menghina Allah dengan tidak sengaja.
6 Pada suatu hari makhluk-makhluk syurga menghadap TUHAN, dan Si Penggoda juga hadir bersama-sama mereka.
7 TUHAN bertanya kepada Si Penggoda, “Dari mana engkau?”Si Penggoda menjawab, “Aku telah mengembara ke sana sini dan menjelajahi seluruh bumi.”
8 TUHAN berfirman, “Adakah engkau perhatikan Ayub, orang yang mengabdi kepada-Ku? Di seluruh bumi tiada orang yang begitu setia dan baik seperti dia. Dia beribadat kepada-Ku dan sungguh berhati-hati supaya tidak berbuat jahat.”
9 Tetapi Si Penggoda menjawab, “Mahukah Ayub beribadat kepada-Mu jika dia tidak mendapat apa-apa ganjaran?
10 Engkau selalu melindungi dia serta keluarganya dan segala miliknya. Engkau menjayakan segala usahanya, dan Engkau memberi dia banyak ternakan sehingga memenuhi seluruh negeri.