1 Kemudian Ayub menjawab,
2 “Aku pernah mendengar kata-kata demikian;penghiburan yang kamu berikan itu hanya seksaan.
3 Adakah kamu akan bercakap selama-lamanya?Apakah yang merangsang kamu untuk terus berkata-kata?
4 Jika kamu ini aku, dan aku pula kamu,aku pun dapat bercakap seperti itu.Aku akan membanjiri kamu dengan perkataan;dan menggelengkan kepala.
5 Aku dapat menguatkan kamu dengan nasihatku,dan terus bercakap untuk menghiburkan kamu.
6 Jika aku bercakap, tidak ada gunanya;jika aku berdiam diri, deritaku tidak reda.
7 Allah telah melelahkan aku,Dia telah membunuh keluargaku.
8 Dialah musuhku dan telah menawan aku.Kini kurus keringlah tubuhku,dan bagi banyak orang itulah buktinyabahawa aku telah berdosa.
9 Oleh kemurkaan-Nya, Allah menyiat tubuhku;dengan kebencian, Dia memandang aku.
10 Orang mengejek aku;mereka mengeroyok aku dan menampar mukaku.
11 Allah telah menyerahkan aku kepada orang derhaka;aku dijatuhkan-Nya ke dalam tangan orang durjana.
12 Dahulu hidupku aman dan sentosa,tetapi Allah menyerang aku dengan tiba-tiba.Leherku dicengkeram-Nya dan aku dicampakkan;aku dijadikan-Nya sasaran untuk latihan.
13 Tanpa belas kasihan Dia memanah aku dari segala arah,sehingga aku cedera dan luka.
14 Dia mencederakan aku berulang-ulang;Dia menyerang seperti seorang pejuang.
15 Aku memakai kain guni tanda kesedihan,aku duduk di atas debu kerana dikalahkan.
16 Aku menangis sehingga mukaku merah,dan kelopak mataku bengkak dan hitam.
17 Tetapi aku tidak melakukan perbuatan ganas,dan doaku tetap ikhlas.
18 Hai bumi, kejahatan terhadapku jangan sembunyikan.Jangan diamkan teriakanku minta keadilan.
19 Ada pembelaku di syurgayang akan memberikan kesaksian bahawa aku tidak berdosa.
20 Sahabat-sahabatku menghina aku,aku menangis di hadapan Allah.
21 Aku ingin agar ada orang merayu kepada Allah bagiku,seperti orang merayu untuk sahabatnya.
22 Tahun-tahunku tidak banyak lagi,aku akan pergi dan tidak kembali lagi.