1-2 Ayub, engkau tidak patut berkatabahawa engkau tidak bersalah di sisi Allah,
3 ataupun bertanya kepada Allah, ‘Apakah kesan dosaku kepada-Mu?Aku tidak mendapat faedah walaupun aku tidak berdosa.’
4 Ayub, aku akan memberikan jawapan kepadamudan kepada sahabat-sahabatmu.
5 Pandanglah langit dan perhatikanbetapa tingginya awan.
6 Jika engkau berdosa, hal itu tidak merugikan Allah.Jika engkau melakukan banyak kesalahan, hal itu tidak memberikan kesan kepada Allah.
7 Adakah engkau menolong Allah dengan perbuatan baikmu?Allah tidak memerlukan apa-apa daripada kamu.
8 Kawan-kawan sesamamu yang menderita akibat kejahatanmu,dan mereka juga yang beruntung kerana kebaikanmu.
9 Apabila orang ditindas, mereka mengerang;mereka berteriak minta tolong.
10 Tetapi mereka tidak berseru kepada Allah, Pencipta mereka,yang memberikan harapan pada waktu mereka berduka,
11 dan yang menjadikan mereka lebih bijaksanadaripada binatang di darat ataupun unggas di udara.
12 Orang tertindas itu berseru, tetapi Allah tidak menjawab,kerana mereka sombong dan jahat.
13 Tiada gunanya mereka berteriak dengan sekuat tenaga;Allah Yang Maha Kuasa tidak melihat atau mendengar mereka.
14 Ayub, engkau berkata bahawa engkau tidak dapat melihat Dia;tetapi tunggulah dengan sabar - perkaramu ada di hadapan-Nya.
15 Engkau berfikir bahawa Allah tidak menjatuhkan hukuman,dan bahawa Dia tidak mempedulikan pelanggaran.
16 Sia-sialah engkau terus berkata-kata;jelaslah bahawa engkau tidak tahu apa yang kaukatakan.