1 Kemudian Elifas dari kota Teman berkata,
2 “Ayub, marahkah engkau jika aku bercakap?Aku tidak tahan berdiam diri lagi.
3 Engkau telah mengajar banyak orang,dan engkau menguatkan orang lemah.
4 Kata-katamu yang memberikan semangat,membangunkan orang yang tersandung, lemah dan penat.
5 Kini engkau pula yang susah;engkau tergamam dan putus asa.
6 Bukankah engkau beribadat kepada Allah;bukankah hidupmu tanpa cela?Jika begitu, sepatutnyaengkau yakin dan tidak putus asa.
7 Fikirlah, pernahkah orang yang tidak bersalahditimpa bencana dan celaka?
8 Aku pernah melihat orang membajak ladang kejahatan,dan menabur benih kekejian, lalu menuai celaka dan kesusahan.
9 Seperti ribut, Allah memusnahkan mereka,dengan kemurkaan-Nya mereka binasa.
10 Seperti singa yang garang,orang jahat mengaum dan meraung;tetapi Allah membungkam merekadan mematahkan gigi mereka.
11 Mereka mati seperti singa yang kekurangan makan,sehingga anak-anak mereka tercerai-cerai tak keruan.
12 Sesuatu pernah sampai kepadakuseperti bisikan di telingaku.
13 Tidurku terganggu dan terusikseperti mendapat mimpi yang buruk.
14 Aku menggeletar dan gementar,seluruh tubuhku menggigil kerana gentar.
15 Aku berasa hembusan angin pada mukaku,maka tegaklah bulu romaku.
16 Sesuatu berdiri di depanku.Aku menatapnya tetapi tidak mengenalnya.Kemudian aku mendengar suaramemecahkan kesunyian suasana.
17 ‘Mungkinkah manusia tidak bercela di hadapan Allah?Mungkinkah manusia suci di hadapan Pencipta mereka?
18 Allah tidak mempercayai hamba-hamba-Nya di syurga;Dia bahkan mencari kesalahan malaikat-malaikat-Nya.
19 Adakah engkau berfikir bahawa Dia mempercayai makhluk daripada tanah,makhluk daripada debu yang dapat dihancurkan seperti rama-rama?
20 Manusia itu hidup pada waktu pagi,dan mati tanpa disedari orang sebelum hari berakhir.