1 Kemudian Ayub menjawab,
2 “Memang, kamu suara orang ramai.Apabila kamu mati, hikmat juga akan mati.
3 Tetapi aku juga mempunyai akal seperti kamu,dan aku tidak lebih rendah daripada kamu;semua orang tahu segala yang kamu katakan itu.
4 Bahkan sahabat-sahabatku pun mentertawakan aku,mereka tertawa, walaupun aku benar dan tidak bersalah;tetapi pada suatu masa dahulu Allah pernah mengabulkan doaku.
5 Kamu tidak mempunyai kesusahan, namun kamu menghina aku;kamu memukul orang yang hampir jatuh.
6 Pencuri dan orang jahat hidup tanpa ancaman,walaupun kekuatan mereka sendiri menjadi dewa mereka.
7 Bertanyalah kepada unggas dan binatang lain,maka kamu akan diberikan pengajaran.
8 Mintalah keterangan daripada makhluk darat dan lautan,maka kamu akan menerima penjelasan.
9 Kesemuanya tahu bahawa Allah telah mencipta mereka.
10 Allah berkuasa atas kehidupan setiap makhluk-Nya;nyawa setiap manusia dalam tangan Allah.
11 Orang tahu makanan yang sedap ketika merasanya,dan kata-kata yang bijak apabila mendengarnya.
12-13 Hikmat ada pada orang tua,tetapi hikmat dan kuasa ada pada Allah sahaja.Pengertian ada pada orang tua,tetapi pengertian dan kuasa untuk bertindak ada pada Allah sahaja.
14 Apa yang dirobohkan Allah tidak dapat dibina semula;orang yang dipenjarakan Allah tidak dapat dibebaskan semula.
15 Apabila Allah menahan hujan, kemarau tiba;apabila Dia melepaskan air, banjir melanda.
16 Allah kuat dan sentiasa berjaya;penipu dan orang yang tertipu ada dalam kekuasaan-Nya.
17 Dia mencabut kebijaksanaan pemerintah,dan menyebabkan pemimpin menjadi bahan ketawa.
18 Dia menggulingkan raja-raja dan menawan mereka;
19 Dia merendahkan imam-imam dan orang berkuasa.
20 Dia membungkam orang yang dapat dipercayai,dan mengambil kebijaksanaan daripada orang tua.
21 Dia memalukan mereka yang berkuasa,dan menamatkan kekuasaan para pemerintah.
22 Dia menyinari tempat-tempat yang suram,dan menerangi tempat-tempat yang kelam.
23 Dia menjadikan bangsa-bangsa kuat dan gagah,tetapi kemudian mengalahkan dan memusnahkan mereka.
24 Dia menjadikan pemimpin mereka kebingungan,sehingga mereka mengembara tanpa tujuan.