Ayub 13 BM

1 Segala yang kamu katakan pernah aku dengar dan lihat sendiri,dan sungguh-sungguh kufahami.

2 Apa yang kamu tahu, aku pun tahu;aku tidak lebih rendah daripada kamu.

3 Tetapi aku hendak berbicara dengan Yang Maha Kuasa,aku hendak membela perkaraku dengan Allah.

4 Kamu menutup kebodohan kamu dengan dusta;kamu seperti doktor yang tidak berguna.

5 Sekiranya kamu tidak berkata apa-apa,mungkin orang berfikir kamu bijaksana!

6 Dengarlah aku menyatakan perkaraku.Perhatikanlah pembelaanku.

7 Bolehkah demi Allah, kamu berdusta?Bolehkah kamu berbohong demi kepentingan-Nya?

8 Adakah kamu cuba membela Allah?Adakah kamu hendak membela perkara-Nya?

9 Jika Allah memeriksa kamu, bolehkah Dia mendapati kebaikan pada dirimu?Dapatkah kamu menipu Allah seperti kamu menipu manusia?

10 Walaupun prasangka kamu tersembunyi,Dia akan menghukum kamu,

11 dan kuasa-Nya akan menakutkan kamu.

12 Pepatah kamu seperti abu yang tidak berguna;pembelaan kamu seperti tanah liat yang mudah pecah.

13 Diamlah, dan berilah aku peluang untuk berkata-kata,aku tidak peduli akan akibatnya.

14 Aku bersedia mempertaruhkan nyawa.

15 Biarlah Allah membunuh aku kerana aku sudah putus asa,namun aku akan membela perkaraku di hadapan-Nya.

16 Mungkin keberanianku akan menyelamatkan aku,kerana tiada orang jahat yang berani menghadap Allah.

17 Sekarang dengarlah baik-baik perkataanku,perhatikanlah penjelasanku.

18 Aku bersedia menyatakan perkaraku,kerana aku tahu bahawa tiada kesalahan padaku.

19 Ya Allah, adakah Engkau hendak menuduh aku?Jika demikian, aku akan diam dan menunggu ajalku.

20 Aku akan menghadap Engkaujika Engkau mengabulkan dua permohonanku:

21 berhentilah menghukum aku,dan jangan timpa aku dengan kedahsyatan-Mu.

22 Berfirmanlah dahulu, ya Allah, dan aku akan menjawab.Atau biarlah aku bercakap, lalu Engkau menjawab.

23 Apakah kesalahan dan dosaku?Sebutlah pelanggaran dan dosaku.

24 Mengapakah Engkau menghindari aku,dan memperlakukan aku seperti musuh?

25 Adakah Engkau cuba menakutkan dan mengejar aku?Aku hanya seperti daun yang ditiup angindan seperti jerami yang kering.

26 Engkau mengemukakan tuduhan pahit terhadap aku;Engkau membalas kesalahanku pada masa mudaku.

27 Engkau merantai kakiku;Engkau mengawasi setiap langkahkudan Engkau memeriksa jejakku.