1 Hidup manusia itu seperti kerja paksa;hidupnya susah seperti hidup buruh kasar,
2 seperti hamba yang merindukan tempat teduh;seperti pekerja yang menantikan upah.
3 Berbulan-bulan kehidupanku hampa;tiap-tiap malam aku berduka.
4 Semasa aku tidur, waktu berjalan sangat perlahan;aku rindu akan subuh dan berkalih tidur sepanjang malam.
5 Tubuhku penuh dengan cacing dan keruping;kulitku luka dan mengeluarkan nanah.
6 Hidupku berlalu tanpa harapan,berlalu lebih laju daripada penenun menjalankan sekoci.
7 Ingatlah, ya Allah, hidupku bagaikan hembusan nafas;kebahagiaanku berakhir tanpa bekas.
8 Engkau melihat aku sekarang, tetapi Engkau tidak akan melihat aku lagi.Jika nanti Engkau mencari aku, aku sudah tiada lagi.
9-10 Seperti awan mendung yang meredup dan hilang,manusia mati dan tidak kembali lagi;semua orang yang mengenal merekatidak lagi mengingati mereka.
11 Tidak! Aku tidak dapat berdiam.Rasa marah dan sakit hati tidak dapat aku pendam.Aku mesti membuka mulutku,dan mencurahkan isi hatiku.
12 Mengapakah Engkau mengawal aku?Adakah aku berbahaya seperti naga laut?
13 Aku berbaring dan cuba berehatuntuk melegakan kesakitanku.
14 Tetapi Engkau menakutkan aku dengan mimpi,dan mengerikan aku dengan penglihatan,
15 sehingga aku lebih suka dicekik lalu matidaripada hidup dalam tubuh penuh derita ini.
16 Aku bosan hidup; aku ingin mati.Biarkan aku kerana hidupku tidak bererti lagi.
17 Mengapakah manusia begitu penting bagi-Mu?Mengapakah Engkau memperhatikan mereka selalu?
18 Engkau memeriksa manusia setiap pagi,dan menguji mereka setiap saat.
19 Tidak bolehkah Engkau berpaling daripadakusupaya sempat aku menelan ludahku?
20 Hai Penjagaku, adakah Engkau disakiti oleh dosaku?Mengapa Engkau menggunakan diriku sebagai sasaran-Mu?Adakah aku ini beban besar bagi-Mu?
21 Tidak bolehkah Engkau mengampunkan dosaku?Tidak bolehkah Engkau memaafkan kesalahanku?Tidak lama lagi aku akan terbaring di kubur,dan aku tiada lagi apabila Engkau mencari aku.”