Ayub 28 BM

Pujian bagi Hikmat

1 Ada lombong-lombong tempat perak ditemukan,ada tempat-tempat emas dibersihkan.

2 Besi digali dari dalam tanah,dan batu dileburkan untuk mendapatkan tembaga.

3 Gelap gelita ditembusi,tempat yang paling dalam diselidiki.Di situ, di dalam kegelapan,orang mencari batu-batan.

4 Jauh di tempat yang tidak berpenghuni,yang belum pernah dijalani dan dilalui,orang bekerja sambil bergantung pada tali,di dalam terowong yang sunyi sepi.

5 Tanah menghasilkan makanan untuk manusia,tetapi di bawah tanah itu, segalanya pecah berderai-derai.

6 Batu-batu bumi mengandungi nilam,dan debu bumi mengandungi emas.

7 Burung helang tidak nampak jalan ke lombong itu,burung nasar tidak pernah terbang di situ.

8 Binatang buas tidak pernah menjejak jalan itu.Singa pun tidak pernah melalui jalan yang sunyi itu.

9 Orang menggali batu-batan yang keras sekali,dasar gunung pun digali.

10 Sedang mereka menembusi gunung batu,mereka menjumpai permata yang sangat bermutu.

11 Sampai ke sumber sungai mereka menggali,dan menyatakan apa yang tersembunyi.

12 Tetapi di manakah hikmat dapat dicari?Di manakah kita dapat belajar agar mengerti?

13 Hikmat tidak didapati di kalangan manusia;tiada sesiapa yang tahu akan nilai yang sebenarnya.

14 Lautan dan samuderamengatakan hikmat tidak terdapat di sana.

15 Hikmat tidak dapat ditukar dengan emas murni,dan dengan perak pun tidak dapat dibeli.

16 Emas dan permata yang paling berhargatidak dapat mengimbangi nilainya.

17 Nilainya lebih daripada emas,dan daripada jambangan kencana ataupun kristal.

18 Hikmat lebih tinggi nilainyadaripada batu karang, hablur, atau mutiara.

19 Batu topaz dan emas tulentidak dapat dibandingkan dengan nilai hikmat.

20 Di manakah sumber hikmat?Di manakah kita dapat pengertian?

21 Tiada makhluk hidup yang pernah melihatnya,bahkan burung di udara pun tidak pernah nampaknya.

22 Maut dan kemusnahan pun berkatabahawa yang didengar khabar angin sahaja.

23 Allah sahaja yang mengetahui jalan ke sana,ke tempat hikmat berada,

24 kerana Dia melihat sampai ke hujung bumi,melihat segala yang berada di bawah langit.

25 Apabila Dia memberi angin kekuatan,dan keluasan laut ditentukan-Nya;

26 apabila Allah menentukan tempat hujan turun,dan jalan yang dilalui kilat guruh;

27 pada masa itulah hikmat dilihat-Nyadan nilai hikmat diuji-Nya,lalu diberikan restu-Nya.

28 Allah berfirman kepada manusia,“Untuk mendapat hikmat, kamu mesti takut dan hormat kepada Tuhan.Untuk mendapat pengertian, kamu mesti meninggalkan kejahatan.”