1 Oleh sebab Ayub yakin bahawa dia tidak bersalah, tiga orang sahabat itu tidak menjawab lagi.
2 Tetapi di situ ada seorang yang tidak dapat menahan geramnya, kerana Ayub menyalahkan Allah dan mengaku dirinya tidak bersalah. Namanya Elihu anak Barakheel, seorang keturunan Bus, daripada puak Ram.
3 Dia juga marah terhadap tiga orang sahabat Ayub itu kerana mereka tidak dapat menjawab Ayub, walaupun mereka menyalahkan dia.
4 Elihu yang termuda antara mereka. Oleh itu dia menunggu sehingga setiap orang sudah bercakap.
5 Setelah dia melihat tiga orang itu tidak dapat menjawab Ayub, dia menjadi marah
6 dan berkata demikian,“Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua,oleh itu aku takut dan ragu-ragu mengemukakan pendapatku.
7 Fikirku, biarlah yang sudah lanjut usia bercakap,dan yang lebih tua membahagikan hikmat.
8 Tetapi sebenarnya Roh Allah Yang Maha Kuasayang memberikan hikmat kepada manusia.
9 Orang menjadi bijak, bukan kerana lanjut umurnya;orang mengerti yang benar, bukan kerana tinggi usianya.
10 Oleh itu, dengarkanlah aku;biarlah aku memberitahu kamu pendapatku.
11 Aku mendengar dengan sabar ketika kamu bercakap,dan menunggu ketika kamu mencari kata-kata bijak.
12 Aku memperhatikan dan mendengar kamu menemui kegagalan.Kesalahan dalam kata-kata Ayub tidak dapat kamu buktikan.
13 Bagaimana kamu dapat mengatakan kamu telah mendapatkan hikmat?Allah mesti menjawab Ayub, kerana kamu telah gagal.
14 Ayub berkata-kata kepada kamu, bukan kepada aku,tetapi aku tidak sekali-kali akan menjawab seperti kamu.
15 Ayub, mereka bingung dan tidak dapat memberikan jawapan;tiada lagi yang dapat dikatakan mereka.
16 Haruskah aku terus menunggu, ketika mereka berdiam diri?Mereka berdiri di situ dan tidak dapat berkata apa-apa lagi.
17 Tidak, kini aku hendak memberikan pendapatku,dan memberitahu kamu fikiranku.
18 Aku tidak sabar lagi menunggu.Aku tidak dapat menahan kata-kataku.
19 Jika aku tidak bercakap, aku akan meletup,seperti kirbat kulit yang berisikan wain baru.
20 Aku mesti bercakap supaya hatiku tenang;aku mesti membuka mulut dan memberikan jawapan.
21 Aku tidak akan menyebelahi sesiapa pun;aku tidak akan memuji sesiapa pun.