1 Ajalku sudah dekat, hampir putus nafasku;tiada apa-apa lagi selain kubur untukku.
2 Orang menjadikan aku bahan ejekan.Aku melihat betapa kejamnya mereka melontarkan sindiran.
3 Aku ini jujur, ya Allah. Percayailah aku.Tiada sesiapa lagi yang menyokong perkataanku.
4 Engkau telah membuntukan fikiran mereka;janganlah biarkan aku dikalahkan mereka.
5 Menurut pepatah, sesiapa mengkhianati sahabat demi keuntungan,anak-anaknya sendiri akan menerima pembalasan.
6 Sekarang aku disindir dengan pepatah itu;mereka datang dan meludahi mukaku.
7 Mataku kabur kerana dukacita;seluruh tubuhku kurus merana.
8 Orang yang salih, terkejut dan hairan;mereka menganggap aku sebagai orang yang tidak percaya kepada Allah.
9 Orang yang baik dan tidak bersalah,semakin yakin bahawa Allah berkenan kepada mereka.
10 Tetapi jika kamu semua datang ke mari,tiada seorang bijak pun yang akan kudapati.
11 Hari-hariku telah berlalu, gagallah segala rancanganku;hilang pula semua harapanku.
12 Tetapi sahabat-sahabatku berkata,‘Malam itu siang dan terang hampir tiba.’Namun aku tahu dalam hatikubahawa tetap gelaplah keadaanku.
13 Hanya dunia maut yang aku harapkan,di sanalah aku akan tidur dalam kegelapan.
14 Aku akan menamakan kubur ‘bapaku’,dan cacing yang makan tubuhkukusebut ‘ibuku’ dan ‘saudara perempuanku’.
15 Di manakah harapan bagiku?Siapakah yang melihat harapan untukku?
16 Aku tidak mempunyai harapan lagiapabila aku pergi ke dunia orang mati.”