1 Tahukah engkau waktunya kambing gunung dilahirkan induknya?Pernahkah engkau melihat rusa liar melahirkan anaknya?
2 Tahukah engkau lamanya kambing dan rusa mengandung?Tahukah engkau saatnya kelahiran anaknya?
3 Tahukah engkau waktunya binatang itu meringkuk,dan melahirkan anak?
4 Anak haiwan membesar dan menjadi kuat di hutan;lalu pergi jauh dan tidak kembali kepada induknya.
5 Siapakah yang memberikan keldai liar kebebasan?Siapakah yang melepaskan serta membiarkan keldai liar berkeliaran?
6 Akulah yang memberikan gurun kepada keldai liar sebagai kediamannya,dan padang garam untuk tempat tinggalnya.
7 Keldai liar menjauhi kota yang riuh-rendah,dan tidak boleh dijinakkan untuk membuat kerja.
8 Padang rumput di gunung ialah tempat makanannya,di situ tumbuhan hijau dicarinya.
9 Mahukah lembu liar bekerja untukmu,atau rela bermalam di dalam kandang ternakmu?
10 Dapatkah lembu liar diikat dan dipaksa membajak untukmu,atau digunakan untuk menggaru ladangmu?
11 Dapatkah engkau bergantung kepada tenaga lembu liar yang kuatdan mengharapkannya membuat kerjamu yang berat?
12 Adakah engkau mengharapkan lembu liar untuk mengumpulkan tuaian,dan membawa hasil tanamanmu ke tempat mengirik?
13 Sungguh cepat kepakan sayap burung unta!Tetapi burung unta tidak dapat terbang seperti burung bangau.
14 Burung unta bertelur di tanah lalu meninggalkannya,dan pasir memanaskan telurnya.
15 Burung unta tidak sedar bahawa mungkin orang memijak telurnya,ataupun binatang liar memecahkan telurnya.
16 Burung unta bertindak seolah-olah telur itu bukan kepunyaannya,dan tidak peduli bahawa usahanya sia-sia sahaja.
17 Akulah yang membuat burung unta bodoh dan bebal,dan Aku tidak memberinya hikmat dan akal.
18 Tetapi apabila burung unta berlari dengan kencang,maka kalahlah kuda serta penunggang.
19 Hai Ayub, engkaukah yang memberikan tenaga kepada kuda,dan menjadikan surai yang melambai-lambai pada tengkuknya?
20 Engkaukah yang menyuruh kuda melompat seperti belalangdan dengan dengusnya menakutkan orang?
21 Kuda menghentak tanah di lembah dengan gembira,dan meluru ke medan pertempuran dengan sepenuh tenaga.
22 Kuda tidak tahu ertinya takut,dan tidak dapat diundurkan dengan pedang.
23 Senjata yang dibawa penunggangnyagemerincing dan gemerlapan kena cahaya.
24 Dengan semangat yang menyala-nyala kuda berlari,dan tidak dapat berdiri diam apabila trompet berbunyi.
25 Kuda berdengus setiap kali trompet dibunyikan;dari jauh tercium olehnya bau peperangan,dan didengarnya perwira memekikkan arahan.
26 Adakah daripada engkau burung rajawali belajar terbang,ketika menuju ke selatan dengan sayap terkembang?
27 Adakah burung helang menantikan suruhanmuuntuk membina sarangnya di gunung yang tinggi?
28 Di atas gunung batu yang tertinggi burung helang membina kediamannya,dan menjadikan puncak-puncak yang runcing sebagai kubunya.
29 Dari situ burung helang mengawasi segala arah,matanya mengintai mencari mangsa.