1 Kemudian Ayub menjawab,
2 “Jika kesusahan dan kesedihanku ditimbang beratnya,
3 pasti lebih berat daripada pasir samudera.Perkataanku yang melulutidak seharusnya memeranjatkan kamu.
4 Allah Yang Maha Kuasa telah memanah aku,dan racunnya merebak ke seluruh tubuhku.Allah menyerang aku seperti pasukan lawan,maka aku sangat ketakutan.
5 Keldai berasa puas apabila makan rumput muda,dan lembu juga diam apabila diberikan makanannya.
6 Tetapi makanan yang tawar tanpa garam, siapa suka?Adakah putih telur mempunyai rasa?
7 Aku tidak berselera untuk makan,dan segala makanan memuakkan.
8 Mengapakah Allah tidak mengabulkan permohonanku?Mengapakah Dia tidak menjawab doaku?
9 Kalaulah Allah berkenan meremukkan aku,kalaulah Dia bertindak dan membunuh aku,
10 aku akan melompat keriangan,walaupun aku sangat kesakitan.Aku tahu bahawa Allah suci adanya;aku tidak pernah membantah perintah-Nya.
11 Apa kekuatanku untuk terus hidup?Mengapa terus hidup jika aku tidak mempunyai harapan?
12 Adakah badanku sekuat batu?Adakah tubuhku daripada gangsa?
13 Aku tiada tenaga lagi untuk menyelamatkan diriku;tiada pertolongan lagi bagiku.
14 Pada waktu kesusahan seperti ini, aku memerlukan sahabat yang sejati,sama ada aku masih setia kepada Allah atau telah meninggalkan Dia.
15 Tetapi kamu, sahabat-sahabatku, tidak dapat dipercayai,seperti anak sungai yang kering apabila hujan tidak kunjung tiba.
16 Kamu seperti sungai yang diam dan beku,yang tertutup dengan salji dan air batu.
17 Apabila musim panas tiba, salji dan air batu hilang tanpa bekas;dan dasar anak sungai menjadi kering dan tandus.
18 Kafilah sesat semasa mencari air;mereka mengembara dan mati di padang pasir.
19 Kafilah dari Syeba dan Temadatang mencari air itu dan mengharapkannya.
20 Tetapi harapan mereka hilangdi tepi anak sungai yang kering.
21 Bagiku, kamu seperti anak sungai itu;kamu takut apabila melihat deritaku.
22 Adakah aku minta hadiah daripada kamu,ataupun menyuruh kamu menyuap orang demi kepentinganku?
23 Adakah aku minta diselamatkandaripada musuh yang tidak berbelas kasihan?
24 Baiklah, ajarlah aku dan tunjukkanlah kesalahanku.Aku akan diam dan mendengarkan kamu.
25 Kata-kata yang tulus meyakinkan,tetapi kamu mengatakan yang bukan-bukan.
26 Kamu berfikir bahawa aku bercakap kosong sahaja;jika demikian mengapa kamu menegur aku yang sudah putus asa?
27 Kamu bersedia bertaruh untuk menentukan nasib yatim piatu,dan kamu mencurangi sahabat karib untuk menjadi kaya.
28 Pandanglah mukaku.Aku tidak membohongi kamu.
29 Jangan berlaku tidak adil, insaflah!Jangan cela aku, kerana aku tidak bersalah.