1 Aku sudah bosan dengan hidupku.Aku akan meluahkan kepahitan jiwaku.
2 Ya Allah, janganlah salahkan aku.Beritahulah aku tuduhan-Mu terhadapku.
3 Adilkah Engkau bersikap sekejam ini,menghina ciptaan-Mu sendiri,dan memperkenankan rancangan orang keji?
4 Adakah pandangan-Mu seperti pandangan manusia?
5 Adakah hidup-Mu sesingkat hidup manusia?
6 Jika tidak, mengapakah Engkau mencari segala dosaku,dan mengejar setiap kesalahanku?
7 Engkau tahu bahawa aku tidak bersalah,dan tiada sesiapa dapat menyelamatkan aku daripada-Mu.