10 Engkau memberi bapaku tenaga untuk menjadikan aku;Engkau membesarkan aku di dalam rahim ibuku.
11 Engkau membentuk badanku dengan tulang dan urat,Engkau meliputi tulang-tulangku dengan otot dan kulit.
12 Engkau memberi aku nyawa dan Engkau mengasihi aku,dan penjagaan-Mu telah memelihara nyawaku.
13 Tetapi kini aku tahu bahawa selama ituEngkau berniat jahat terhadapku.
14 Engkau mengawasi aku supaya jika aku berdosa,Engkau tidak akan mengampuni aku.
15 Jika aku berdosa, malanglah aku ini,tetapi jika aku berbuat benar, aku tidak dipuji.Aku menderita dan dihina sama sekali.
16 Jika aku mendapat sedikit kejayaan,Engkau memburu aku seperti singa;bahkan Engkau menggunakan mukjizat untuk menyakiti aku.