14 Engkau mengawasi aku supaya jika aku berdosa,Engkau tidak akan mengampuni aku.
15 Jika aku berdosa, malanglah aku ini,tetapi jika aku berbuat benar, aku tidak dipuji.Aku menderita dan dihina sama sekali.
16 Jika aku mendapat sedikit kejayaan,Engkau memburu aku seperti singa;bahkan Engkau menggunakan mukjizat untuk menyakiti aku.
17 Engkau selalu mempunyai saksi yang menentang aku;kemurkaan-Mu terhadapku semakin marak;Engkau selalu merancang serangan baru.
18 Ya Allah, mengapakah Engkau membiarkan aku lahir ke dunia?Sepatutnya aku mati sebelum dilihat manusia.
19 Maka seolah-olah aku tidak dilahirkan,kerana dari rahim langsung dikuburkan.
20 Bukankah hidupku hampir berakhir? Jangan ganggu aku lagi!Biarkan aku menikmati masaku yang sisa ini.