3 Ayub, adakah engkau berfikir bahawa kami tidak dapat menjawabmu,dan bahawa kami bungkam kerana ejekanmu?
4 Engkau berpendapat bahawa kata-katamu tidak salah,dan bahawa engkau suci di hadapan Allah.
5 Aku sangat berharap agar Allah menjawab engkau!
6 Dia akan memberitahu engkau bahawa hikmat itu banyak seginya;ada perkara yang terlalu dalam bagi manusia.Allah menghukum engkau lebih ringan daripada yang sepatutnya.
7 Dapatkah engkau memahami hal-hal yang dalam tentang Allah?Dapatkah engkau menyelami batas keagungan Yang Maha Kuasa?
8 Keagungan Allah lebih tinggi daripada angkasa,dan engkau tidak dapat mencapainya.Keagungan-Nya lebih dalam daripada dunia orang mati,dan engkau tidak dapat memahaminya.
9 Keagungan Allah lebih luas daripada bumi,lebih lebar daripada samudera.