1 Kemudian Bildad menjawab,
2 “Ayub, tidak bolehkah engkau berhenti bercakap?Jika engkau diam dan mendengar, kami akan bercakap.
3 Mengapakah engkau berfikir bahawa kami dungu,dan menyamakan kami dengan lembu?
4 Kemarahan hanya menyakiti dirimu.Adakah bumi kehilangan penduduknya kerana engkau marah?Adakah gunung-gunung dipindahkan dari tempatnya untuk memuaskan hatimu?