4 Kemarahan hanya menyakiti dirimu.Adakah bumi kehilangan penduduknya kerana engkau marah?Adakah gunung-gunung dipindahkan dari tempatnya untuk memuaskan hatimu?
5 Hidup orang jahat yang seperti nyala pelita, akan dipadamkan;mereka seperti api yang tidak lagi menyala.
6 Mereka seperti khemah yang pelitanya sudah padam;pelita penerang mereka tidak lagi bersinar.
7 Langkah mereka yang mantap kini terhuyung-huyung;rancangan mereka sendiri menyebabkan mereka jatuh.
8 Mereka berjalan ke dalam jaring dan kaki mereka tersangkut;
9 tumit mereka terperangkap sehingga mereka tertangkap.
10 Jerat tersembunyi di atas tanah;dan perangkap terpasang pada jalan mereka.