19 Sahabat karibku jijik melihat aku,mereka yang sangat aku kasihi meninggalkan aku.
20 Badanku hanya tinggal kulit pembalut tulang;nyawaku hampir melayang.
21 Kamu sahabat-sahabatku! Kasihanilah aku!Tangan Allah telah memukul aku.
22 Mengapa kamu mengikut Allah menganiaya aku?Belum cukupkah kamu menyeksa aku?
23 Alangkah baiknya jika kata-kataku dicatat,dan ditulis di dalam kitab supaya diingat;
24 ataupun dipahat pada batu,agar kekal sepanjang waktu.
25 Tetapi aku tahu bahawa di syurga ada Penyelamatku;akhirnya Dia akan datang menolong aku.