21 Kamu sahabat-sahabatku! Kasihanilah aku!Tangan Allah telah memukul aku.
22 Mengapa kamu mengikut Allah menganiaya aku?Belum cukupkah kamu menyeksa aku?
23 Alangkah baiknya jika kata-kataku dicatat,dan ditulis di dalam kitab supaya diingat;
24 ataupun dipahat pada batu,agar kekal sepanjang waktu.
25 Tetapi aku tahu bahawa di syurga ada Penyelamatku;akhirnya Dia akan datang menolong aku.
26 Walaupun kulitku habis dimakan penyakit,tetapi aku akan melihat Allah selagi aku bertubuh.
27 Aku akan melihat Dia dengan mataku sendiri,dan bagiku Dia tidak menjadi asing lagi.Hatiku hancur kerana kamu berkata,