3 Berulang-ulang kamu menghina aku,dan menyalahkan aku tanpa rasa malu.
4 Seandainya salah perbuatanku,hal itu tidak merugikan kamu.
5 Kamu berfikir bahawa kamu lebih baik daripada aku,dan kamu menganggap kesusahanku sebagai bukti kesalahanku.
6 Ketahuilah bahawa Allah yang menyalahkan aku.Dia telah memasang perangkap untuk menangkap aku.
7 Aku berseru, ‘Kejam!’tetapi tidak ada yang mendengarkan;aku berseru minta tolong,tetapi tidak ada keadilan.
8 Allah telah menutup jalanku sehingga aku tidak dapat lewat;Dia telah meliputi jalanku dengan kegelapan yang pekat.
9 Dia telah merampas segala kekayaanku,dan merosakkan nama baikku.