6 Ketahuilah bahawa Allah yang menyalahkan aku.Dia telah memasang perangkap untuk menangkap aku.
7 Aku berseru, ‘Kejam!’tetapi tidak ada yang mendengarkan;aku berseru minta tolong,tetapi tidak ada keadilan.
8 Allah telah menutup jalanku sehingga aku tidak dapat lewat;Dia telah meliputi jalanku dengan kegelapan yang pekat.
9 Dia telah merampas segala kekayaanku,dan merosakkan nama baikku.
10 Dia menghentam aku dari segala arah.Dia mencabut harapanku seperti orang mencabut pokok kayu.
11 Kemurkaan Allah terhadapku menyala-nyala,dan aku dianggap-Nya sebagai musuh-Nya.
12 Dia menghantar tentera-Nya untuk menyerang aku;mereka menghalangi jalanku dan mengepung khemahku.