7 Kemudian Si Penggoda meninggalkan TUHAN, lalu mendatangkan kudis kepada Ayub dari telapak kaki sampai mercu kepalanya.
8 Ayub pergi duduk di sebelah timbunan sampah sambil mengikis kudisnya dengan sekeping pecahan tembikar.
9 Isterinya berkata kepadanya, “Masihkah engkau tetap setia kepada Allah? Kutuklah Allah, dan matilah!”
10 Ayub menjawab, “Engkau bercakap seperti orang bodoh. Apabila Allah memberikan yang baik, kita menerimanya. Kita juga patut menerima yang tidak baik.” Walaupun Ayub menderita, dia tidak mengucapkan kata-kata yang menentang Allah.
11 Tiga orang sahabat Ayub, iaitu Elifas dari kota Teman, Bildad dari negeri Suah, dan Zofar dari negeri Naamah mendengar tentang penderitaan Ayub. Kemudian mereka memutuskan untuk berkumpul dan pergi menghiburkan Ayub.
12 Ketika mereka masih jauh, mereka nampak Ayub, tetapi tidak mengenali dia. Apabila mereka menyedari bahawa orang itu Ayub, mereka menangis dan meraung. Mereka mengoyakkan pakaian kerana sedih, dan menaburkan debu ke udara dan pada kepala mereka.
13 Kemudian mereka duduk di atas tanah bersama-sama Ayub selama tujuh hari dan tujuh malam tanpa mengeluarkan sepatah kata pun kerana mereka tahu betapa beratnya penderitaan Ayub.